PU Riz dan Neelofa di  Majlis Pembukaan Nunha Store oleh Pengasas, PU Riz dan Neelofa di Level 1, MyTown Shopping Centre. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
PU Riz dan Neelofa di Majlis Pembukaan Nunha Store oleh Pengasas, PU Riz dan Neelofa di Level 1, MyTown Shopping Centre. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Ridzuan Abdul Rahman

 

 

Kuala Lumpur: Neelofa enggan mengulas isu penggunaan imej berbaur lucah atau 'soft porn' bagi mempromosikan produk milik syarikatnya untuk mengeratkan lagi hubungan intim suami isteri 

"Pada saya isu itu sudah berakhir dan kita boleh teruskan sahaja dengan hal lain. Penjelasan lanjut juga tidak diperlukan lagi dan saya juga tidak mahu memanjangkan isu berkenaan," katanya.

Neelofa berkata, perkara itu sudah diselesaikan sebaik perkara ini mengundang kontroversi dan mencetuskan perbualan hangat masyarakat. 

"Syarikat Nilofa Group pun dah buat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu itu," katanya ketika ditemui di majlis pembukaan butik Nunha Store bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau Riz di sebuah pusat beli-belah, di sini, hari ini. 

Neelofa turut menganggap kejadian itu sebagai pengajaran buat mereka dan tidak mahu mengungkitnya lagi. 

"Biarlah apa yang berlaku. Kami anggap sebagai pengajaran dan tidak perlu dipanjangkan. Kejadian yang berlaku ini tiada kena-mengena dengan produk dan tidak menjejaskan apa-apa," katanya. 

Berikutan itu Neelofa dan Riz dikritik kerana apa yang ditampilkan dikatakan tidak bersesuaian dengan imej Neelofa sebagai wanita berpurdah dan sudah bergelar hajah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 5:03 PM