PU Riz dan Neelofa di majlis pembukaan Nunha Store. - FOTO NSTP
PU Riz dan Neelofa di majlis pembukaan Nunha Store. - FOTO NSTP
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pasangan selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz membuka kedai pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, di sini.

Neelofa berkata, pembukaan kedai yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha itu sebagai hadiah buat peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokong produk itu.

"Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif, terutamanya daripada peminat yang tak henti menyokong.

"Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami secara fizikal, selain kaedah pembelian dalam talian," katanya.

Sementara itu, PU Riz berkongsi mereka dalam perancangan untuk membuka cawangan lain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.

"Insya-Allah, Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, kami sedang usahakan, jadi doa-doakanlah sebab orang Kelantan sukakan produk kami.

"Lagipun kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik terutamanya seperti baju dan The Kaabah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 4:02 PM