Gelagat Sharnaaz dan Jebat tarik perhatian
Gelagat Sharnaaz dan Jebat tarik perhatian

Kuala Lumpur: Gara-gara beg anak kesayangannya hilang, pelakon Sharnaaz Ahmad bikin kecoh di laman sosial.

Sharnaaz berkata, dia sudah mencari satu rumah, beg Jebat Jayden tetap tak jumpa sehingga dia hampir putus asa.

"Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg Jebat bermula," tulisnya.

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah aksi comel Jebat.

Malah, kepetahan Jebat bercakap dan diselang-seli dengan loghat utara juga membuatkan pengguna laman sosial terhibur.

Apa yang lebih membuatkan warganet teruja adalah lakonan bersahaja yang ditunjukkan Jebat.

Turut menarik perhatian warganet adalah ukiran seperti pelekat di lengannya.

Paling mencuit hati aksi merajuk Jebat sebab beg kesayangan hilang disifatkan sangat comel.

Malah, video itu mencecah lebih 1.4 juta tontonan.

Tidak cukup dengan itu, kekecohan mencari beg Jebat juga terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Mereka bersama anak masing-masing turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 January 2024 @ 8:13 PM