JEBAT Jayden memeluk Amelia.
JEBAT Jayden memeluk Amelia.

Kuala Lumpur: "Boleh tak kalau nak 'aunty' ni (Amelia) jadi Mommy baru Baby (Jebat)," kata anak pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden.

Kata-kata Jebat yang membahasakan dirinya sebagai Baby itu mengundang perhatian warganet sehingga ramai yang bersetuju dan merestuinya.

Umum mengetahui Amelia Christie Lim yang juga pelakon ialah kekasih kepada Sharnaaz.

Menerusi video berdurasi 2 minit 40 saat itu, memaparkan Jebat mencari Mommy.

Kemunculan Amelia membuatkan Jebat tertarik padanya.

Pada masa sama, ibu Jebat yang juga bekas isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila sedang mencari Jebat yang ketika itu bermain dengan Amelia.

Jebat juga secara berseloroh mahukan tiga Mommy.

"Baby nak tiga Mommy. Baby nak Mommy (Nabila), Aunty Amelia dan Mommyhana (beg Mommyhana)," katanya menerusi hantaran di Instagram Noor Nabila.

Sebelum ini menerusi perkongsian video baik daripada Sharnaaz mahu pun Nabila, tidak dinafikan lagi keakraban Jebat dan Amelia.

Malah, mereka juga pernah pergi bercuti bersama.

Malah, pada video itu kelihatan bagaimana Nabila dan Amelia tidak kekok bersama.

Hubungan mesra mereka seperti kakak dan adik.

Mungkinkah impian Jebat mahukan Mommy baru tercapai?

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 1:01 PM