DOLLA menyampaikan lima lagu.
DOLLA menyampaikan lima lagu.
Ramlah Zainal


KEMUNCULAN kumpulan popular Dolla paling mencuri tumpuan sekali gus berjaya menarik ramai penonton di festival muzik Queendom Fest yang berlangsung di pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ternyata,

kehadiran kumpulan pop Malaysia atau M-Pop yang dianggotai empat gadis jelita iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya ini memang dinantikan peminatnya sejak awal acara lagi.

Dolla yang baru melancarkan album sulung berjudul New Classic pada 17 November lalu turut mendendangkan lima lagu khusus untuk menghiburkan peminat setianya pada malam itu, antaranya CLASSIC, Best Side dan Drip.

Menurut anggotanya, Sabronzo, mereka gembira dengan sambutan hangat penonton yang hadir sekali gus persembahan penutup mereka pada 2023.

"Kami gembira dengan sambutan hangat penonton pada festival ini. Ia juga persembahan penutup Dolla pada 2023," katanya.

Mengenai festival itu, kata Tabby, acara itu perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.

"Festival ini juga memberi peluang artis wanita yang tidak dapat platform untuk buat persembahan di pentas komersial untuk beraksi di festival muzik wanita ini.

HULLERA
HULLERA

"Selain artis wanita tempatan, acara ini juga diharap dapat membawa artis dari luar negara juga untuk beraksi pada festival ini,"katanya.

Ditanya sama ada Dolla akan menjayakan festival itu selepas ini, kata Syasya pula, agenda seni mereka padat, kumpulan itu sentiasa mahu memberi sokongan pada acara yang memperkasakan golongan wanita

"Walaupun jadual kami padat, Dolla sentiasa memberi sokongan pada acara yang memartabatkan lagi industri muzik tempatan," katanya.

ZAMAERA
ZAMAERA

Selain Dolla, festival anjuran penyanyi rap Zamaera ini turut disemarakkan dengan persembahan barisan penyanyi rap wanita indie seperti Hullera, Jovynn, Yunohoo, Lil Asian Thiccie, Meliha, The Impatient Sisters, MJisvicious dan SYA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2023 @ 6:30 AM