Vin Diesel.
Vin Diesel.
Agensi

Los Angeles: Seorang bekas pembantu pelakon Vin Diesel, 56, memfailkan saman atas tuduhan dipaksa melakukan seks sebelum dipecat beberapa jam selepas itu pada 2010 lalu.

Wanita dikenali Asta Jonasson itu memfailkannya di sebuah mahkamah di sini, semalam.

Dalam kenyataannya, insident terbabit berlaku di sebuah hotel di Atlanta sewaktu penggambaran filem Fast Five.

"Gangguan seksual di tempat kerja takkan berakhir sekiranya orang berpengaruh dilindungi daripada bertanggungjawab. Kami harap keputusan beraninya itu mampu bawa perubahan jangka masa panjang serta bantu perkasa mangsa lain," kata peguam Jonasson, Claire-Lise Kutlay.

Dalam kenyataan samannya, Jonasson mendakwa payudaranya diramas kasar tanpa kerelaan sebelum dikucup Diesel selepas pelakon itu berhibur dengan ramai wanita lain dalam biliknya di hotel terbabit.

Jonasson kemudian dipaksa memegang kemaluan Diesel dan dia menjerit menyuruhnya berhenti. Bagaimanapun, Diesel menolak serta menekannya ke dinding dan hanya lepaskan Jonasson selepas dia selesai melakukan onani.

Beberapa jam selepas itu, Jonasson dipecat.

Wanita berkenaan terpaksa berdiam diri selama ini kerana terlalu takut bersuara melawan pelakon yang cukup berpengaruh itu. Jonasson risau dia akan 'dipangkah' dari industri.

Bagaimanapun, wakil guaman serta perhubungan awal Diesel tidak memberi maklum balas atau sebarang komen setakat ini.

Jonasson adalah antara ramai wanita yang menuduh nama besar industri hiburan sejak gerakan #MeToo dicetuskan pada 2017. Ia berpunca daripada tuduhan dibuat kepada penerbit filem Harvey Weinstein yang kini dipenjarakan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2023 @ 11:27 AM