ISMAIL Izzani. FOTO Arkib NSTP
ISMAIL Izzani. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Ibu penyanyi dan pelakon popular, Ismail Izzani iaitu Datin Suliza Salam menafikan anaknya itu menjalin hubungan terlarang hingga menyebabkan seorang wanita hamil.

Suliza menerusi satu portal hiburan berkata, perkara ini bukan mengejutkan kerana tuduhan sedemikian bukan kali pertama dilontarkan terhadap Ismail. 

"Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul," katanya yang yakin anaknya tidak bersalah. 

Terdahulu, seorang wanita mendakwa dia hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular tanah air.

Wanita terbabit tanpa mendedahkan nama artis itu menerusi TikTok turut mendakwa, dia dibiarkan 'terkontang-kanting' oleh artis terbabit.

"Saya sudah dihamilkan oleh satu artis Malaysia, kemudian dipaksa untuk gugurkan (kandungan). Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya," tulisnya.

Di ruangan komen. netizen pula memetik nama Ismail yang mana dia adalah artis yang didakwa wanita itu. 

Ismail sebelum ini pernah dipalit beberapa kontroversi termasuk gambar dia mencium seorang wanita di pusat hiburan yang tular. 

Sementara itu, cubaan Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Ismail tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 10:24 PM