ADIRA dan Emma Suhaimi pada pentas akhir. FOTO Asyraf Hamzah
ADIRA dan Emma Suhaimi pada pentas akhir. FOTO Asyraf Hamzah
Sudirman Mohd Tahir & Najiy Jefri


Kuala Lumpur : "Saya mohon diberi ruang. Doakan yang baik-baik," kata penyanyi, Adira Suhaimi ketika dihubungi Harian Metro mengenai dakwaan bakal bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.

Ia selepas Adira dilihat berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor bersama kakaknya, Emma sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) pagi, hari ini.

Adira berkata, dia enggan mengulas lanjut.

"Saya minta maaf. Sampai masa saya akan beri kenyataan," katanya.

Sebelum ini Adira pernah membuat permohonan perceraian kali pertama pada 1 April 2019.

Kemudian Adira sekali lagi memfailkan perkara sama pada 25 Oktober lalu, namun proses itu gagal selepas suaminya tidak tampil bagi meneruskan proses itu.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayob yang kini berusia setahun.

Manakala perkahwinan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun, namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 5:05 PM