Pelakon, Remy Ishak. Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Pelakon, Remy Ishak. Foto Mohamad Shahril Badri Saali
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Pelakon Remy Ishak berkongsi kehadiran anak sulung, Tuah Alam, membawanya ke dunia berbeza dan benar-benar mengubah kehidupannya.

Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkata, sukar digambarkan dengan kata-kata kegembiraan yang dirasai namun memberi erti baru buat dirinya.

"Selepas jadi bapa saya rasa muda semula... dengan kelahiran anak (Tuah Alam) saya seperti dalam dunia yang baru, saya rasa kembali hidup dan kembali jadi Remy Ishak.

"Sebab beberapa tahun lepas sebelum lahirnya anak, saya tak tahu kenapa saya rasa tidak keruan.

"Tak tahu apa makna hidup, kadang-kadang bila dah kahwin ada fasa dalam kehidupan kita akan tiada hala tuju tapi bila lahirnya anak sudah kembali ke jalan sepatutnya," kata Remy antara barisan pelakon filem Keluang Man arahan Anwari Ahsraf yang dijangka memulakan penggambaran pada April depan.

Remy yang melakonkan watak antagonis bernama Shamsir, optimis filem itu bakal mendapat perhatian kerana Anwari adalah pengarah siri drama yang mencetus fenomena, Projek: High Council.

"Saya percaya skrip dan cerita Keluang Man jatuh ke tangan orang yang betul. Saya suka dengan visi Anwari.

"Kenal Anwari juga dah lama sebelum dia aktif di bidang pengarahan (jadi penulis skrip) sampailah Projek: High Council menjadi fenomena satu Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2023 @ 4:36 PM