NAS-T diumumkan sebagai Keluang Man. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
NAS-T diumumkan sebagai Keluang Man. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Pelakon, Nas-T yang dipilih melakonkan watak utama dalam filem Keluang Man bersedia jika pemilihannya dipertikai peminat animasi popular era 90-an itu.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin berkata, dia tidak menyangka namanya menjadi pilihan produksi daripada 300 penyertaan yang diterima.

Nas-T yang membesar dengan siri animasi popular itu tidak menafikan watak itu memberi tekanan cukup berat buatnya.

"Saya membesar dengan Keluang Man sejak berusia 12 tahun lagi. Saya memang sangat meminati filem bercorak adiwira. Jadi, saya tidak sangka apabila dipilih untuk melakonkan watak Borhan.

"Saya bangga dan teruja dipilih menjadi Keluang Man. Saya bersedia menerima kritikan daripada semua pihak. Saya tahu bukan mudah untuk puaskan hati semua orang dan tanggungjawab itu berat untuk saya galas.

"Saya bimbang tidak mampu untuk merealisasikan watak ini dengan baik. Tapi dengan adanya sokongan daripada penggemar animasi ini, ia ibarat pembakar buat saya untuk melihat filem ini berjaya," katanya.

Selain Nas-T, turut diumumkan tiga watak utama lain iaitu Shamsir yang dilakonkan Remy Ishak, Ahmad (Datuk Rosyam Nor) dan Inspektor Sahab (Anwar Beg Mughal).

Dalam pada itu, Nas-T juga menyertai kelas seni mempertahankan diri bagi menguatkan lakonannya dalam filem yang bakal menjalani penggambaran selepas Aidilfitri tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2023 @ 2:08 PM