FOTO WOWSHOP
FOTO WOWSHOP
Muhamad Shaifullah Tayep

KUALA LUMPUR: Selepas mendapat sambutan untuk episod pertama, Wowshop Sdn Bhd (WOWSHOP) tampil dengan 'Wow Dah Gaji' episod kedua sempena kempen Pay Day Sale mereka pada 25 November 2023.

Pelbagai tawaran menarik dan hiburan disediakan pastinya memukau penonton sepanjang satu jam ia bersiaran bersama hos terkenal, Fizi, Fiza, Nadia dan Chef Fikri.

Dalam episod pertama, WOWSHOP mengadakan promosi dalam talian untuk produk seperti Le Nona Dining Ware, Gelang Habib, Hyperack, dan Mugen Smart Pressure Cooker.

Mendapat sambutan hangat, ia diteruskan untuk episod kedua di mana penonton dapat menikmati pelbagai tawaran menarik produk daripada WOWSHOP.

Selepas persembahan Nabila Razali dipuji netizen ketika episod pertama, WOWSHOP akan menampilkan segmen selebriti yang lebih menarik bersama persembahan nyanyian yang memikat.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Wow Dah Gaji episod 2 pada 25 November 2023 jam 9 malam di TV3 atau tonton secara HD di aplikasi Tonton.

Siaran ulangan akan ditayangkan di TV9 jam 10 malam pada hari yang sama.

Sebarang pembelian boleh dibuat melalui panggilan atau layari laman sesawang www.wowshop.com dan kini anda juga boleh membuat pembelian di Tiktok Live.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2023 @ 5:06 PM