ALLAHYARHAM Bad Indigo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. FOTO Amiruddin Sahib
ALLAHYARHAM Bad Indigo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. FOTO Amiruddin Sahib
Syafil Syazwan Jefri

Petaling Jaya: Jenazah penyanyi, Allahyarham Bad Indigo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, jam 2.50 petang, hari ini.

Jenazah Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah sebelum itu dikafan dan disolatkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, di sini.

Bad menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di tempat kerjanya selepas mengalami serangan jantung kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Bad yang juga menghidap kencing manis dan pernah menjalani beberapa pembedahan memotong jari kaki kirinya yang terkesan akibat penyakit itu.

Upacara pengebumian Bad dihadiri keluarga serta rakan-rakan termasuk anggota kumpulan Indigo yang dianggotainya sejak 1996.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2023 @ 3:37 PM