SHARIF dan Syaiful Zero diumumkan sebagai peserta Famili Duo musim ketiga.
SHARIF dan Syaiful Zero diumumkan sebagai peserta Famili Duo musim ketiga.
Syafil Syazwan Jefri

Shah Alam: Teka-teki siapakah pasangan duo keenam yang akan bertanding di pentas Famili Duo musim ketiga (Famili Duo 3) kini terjawab apabila nama Sharif dan Syaiful Zero diumumkan sebagai peserta. 

Kumpulan duo adik-beradik itu dianggotai dua anggota kumpulan Zero, yang cukup dikenali sebagai pelawak. 

"Sebab kami 'power' menyanyi. Sebab itu kami terima tawaran ini," kata Sharif dalam nada berjenaka.

Enam pasangan peserta lain yang bertanding adalah Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik-beradik); Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik); Fuad Rahman dan Tom (suami isteri); Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik); serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu). 

Famili Duo 3 diacarakan gandingan pengacara Izzue Islam dan Janna Nick, manakala kerusi juri pula menyaksikan gandingan juri Ajai dan Mas Idayu. 

Program Famili Duo 3 ditayangkan secara langsung di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 9:38 PM