SHARIF dan Syaiful dinobat duo terbaik mingguan Famili Duo 3. FOTO Hazreen Mohamad
SHARIF dan Syaiful dinobat duo terbaik mingguan Famili Duo 3. FOTO Hazreen Mohamad
Syafil Syazwan Jefri

Shah Alam: Pasangan duo adik-beradik, Sharif dan Syaiful diumumkan sebagai duo terbaik mingguan Famili Duo 3 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. 

Sharif dan Syaiful mempersembahkan lagu medley Ikan Dalam Kolam, Kopi Dangdut dan Ser Ser Ser mendapat markah keseluruhan 55.4 peratus. 

Atas kemenangan itu, kedua-duanya juga berpeluang memilih tema untuk lagu yang bakal dipertandingkan kesemua pasangan duo pada minggu hadapan dan mereka memilih tema Cinta. 

Lima pasangan duo lain iaitu Shila dan Syahir Amzah berada di tempat kedua dengan markah 49.1 peratus, diikuti Ryan dan Adam Bakery (42.2 peratus), Tom dan Fuad Rahman (41.3 peratus), Haqiem Rusly dan Ariff Bahran (37.8 peratus) serta Adira dan Emma Suhaimi (36.2 peratus). 

Famili Duo 3 menampilkan gandingan pengacara Izzue Islam dan Janna Nick serta juri profesional terdiri daripada, Ajai dan Mas Idayu. 

Program Famili Duo 3 ditayangkan secara langsung di TV3 pada setiap Ahad jam 9 malam. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 11:44 PM