Cakra Khan
Cakra Khan

Kuala Lumpur: Penyanyi Indonesia, Cakra Khan, 31, menarik perhatian dan pujian penonton seluruh dunia selepas mempamerkan nyanyian luar biasa pada uji bakat program America's Got Talent (AGT) musim baharu.

Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman menyanyikan lagu legenda Bob Marley berjudul No Woman, No Cry dan mendapat tepukan berdiri keempat jurinya Simon Cowell, Heidi Klum, Howie Mandel, dan Sofia Vergara.

"Sangat jarang dengar suara seperti itu. Saya memang sangat sukakan suara kamu," komen Cowell selepas persembahan mengagumkan Cakra itu.

Penyanyi Kekasih Bayangan itu turut dibanjiri komen pujian daripada rakan-rakan industri baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

Mereka termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Hael Husaini, Ifan Seventeen, Haqiem Rusli, Melly Goeslaw, Adira Suhaimi, dan ramai lagi.

"Suara gegak gempita! Satu dalam sejuta. Tahniah," demikian ucap Siti Nurhaliza.

"Bangga sangat aku," kata Rossa pula.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2023 @ 5:11 PM