Nabila Huda dan anaknya.
Nabila Huda dan anaknya.
Ridzuan Abdul Rahman

 

Kuala Lumpur: Pelakon versatil, Nabila Huda, 38, memaklumkan anaknya, Kesha Laila, 13, berhasrat mengikut jejaknya bergelar pelakon. 

Menurutnya, dia tidak menghalang Keisha dan akan menyokong kehendaknya kerana itu impiannya pada masa ini.  

"Mungkin sekarang dia nak jadi seorang pelakon. Tapi apabila dah besar dia akan cuba benda lain. Saya tak kisah apa-apapun yang dia buat, saya tetap akan sokong dia.

"Cuma saya cakap dengan dia, habiskan sekolah dulu. Selesaikan apa yang patut. Jika kamu berbakat, bila-bila masa saja kamu akan jadi pelakon. Jangan bimbang fasal itu. 

"Dan saya akan pastikan sebelum masuk set, saya akan latih dia dulu untuk pastikan dia dalam keadaan bersedia," katanya kepada Harian Metro. 

Nabila yang juga anak kepada penyanyi legenda Datuk Amy Search berkata, apabila cuti sekolah, Keisha kadangkala akan mengikutnya shooting. 

"Dia mula belajar aspek sudut kamera, belajar macam mana masa shooting, sediakan baju dan konti semua dia dah tahu. 

"Sebagai emak saya selalu bagi dia semangat serta sokongan dan saya akan tetap jadi penyokong nombor satu sebab kita tak perlu nak menghalang apa anak kita nak buat. 

"Biarkan dia buat apa yang dia nak tapi dibawah kawalan kita. Jadi kita tahu apa yang dia suka. Dari sekaranglah kita mula nak kena bendung dia nak kena tengok bakat apa yang dia ada dekat dia," katanya. 

Nabila berpendapat mungkin sekarang Keisha melahirkan hasrat mahu bergelar pelakon, namun apabila usianya mencecah 40 tahun, dia akan mengubah minat dalam bidang lain pula.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Julai 2023 @ 9:58 PM