NABILA Huda pada pra-tonton teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wick pada Oktober lalu. FOTO arkib NSTP Munira Abdul Ghani
NABILA Huda pada pra-tonton teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wick pada Oktober lalu. FOTO arkib NSTP Munira Abdul Ghani
Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Rockers terkenal, Amy Search mengesahkan anak sulungnya, pelakon Nabila Huda akan mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 25 Disember ini.

Ia sekaligus mengakhiri tanda tanya semua pihak berkenaan tarikh sebenar perkahwinan Nabila dengan teman lelakinya, pengurus restoran Kulcats, Izwan Johar.

Nabila sebelum ini mengesahkan akan berkahwin dengan teman lelakinya pada Disember tetapi tidak mendedahkan tarikh sebenar kepada umum.

Amy ketika ditemui pada majlis perasmian Cahaya Jiwa Saiful Kadir & Amy Search di Istana Budaya petang tadi berkata, sebagai bapa dia mendoakan kebahagiaan Nabila dan berharap anaknya itu membuat pilihan terbaik dalam hidupnya.

Nabila, 31, pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, pada Disember 2008 namun bercerai pada 2011.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 7:28 PM