LAGU-lagu terbabit adalah dihasilkan daripada komposer dan ciptaan lirik oleh penyanyi-penyanyi tersohor antaranya Melly Goeslaw, Tomok, Rudy Nastia, Nuha Nik, Mas Dewangga dan Jova Devito.
LAGU-lagu terbabit adalah dihasilkan daripada komposer dan ciptaan lirik oleh penyanyi-penyanyi tersohor antaranya Melly Goeslaw, Tomok, Rudy Nastia, Nuha Nik, Mas Dewangga dan Jova Devito.
Nurul Sabrina Jamali


PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan hanya dikenali menerusi kebolehan dalam bakat seni yang diceburi sejak berusia 16 tahun malah sifatnya yang rendah diri cukup disanjungi ramai.

Keunggulannya di persada seni menjadikan namanya digelar Ratu Pop Malaysia, Diva Asia dan Ratu Pop Asia oleh peminat muzik dalam dan luar negara.

Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin memilih tarikh 30 Jun lalu bagi melancarkan album terbaharunya berjudul Sitism.

Album mengandungi lapan lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau 'deluxe album' sebanyak 12 lagu di dalam format digital dan fizikal.

Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi dan hala tuju album.

Penerbit dan komposer album Sitism, Aubrey Suwito sering menggunakan Sitism bagi menggambarkan Siti Nurhaliza kerana menurutnya, apabila Siti menyanyi, ciri khas, kualiti dan suara yang dimiliki Siti unik.

Menurut Siti, Sitism bertepatan dengan judul album kerana selama 27 tahun bergiat dalam seni muzik, dia sudah menghidupkan jenama Siti Nurhaliza dengan ciri beliau yang tersendiri.

Tambahnya, album Sitism adalah dirinya sendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi imej, lirik dan persembahannya.

ALBUM penuh atau ‘deluxe album’ dijangka berada di pasaran pada awal Ogos nanti.
ALBUM penuh atau ‘deluxe album’ dijangka berada di pasaran pada awal Ogos nanti.

Menariknya, fokus Siti adalah untuk membolehkan peminat mendengarkan lagu terbabit terdahulu sebelum penambahan empat lagu lagi dan ia menjadi istimewa apabila dikeluarkan dalam bentuk fizikal dan digital.

Dalam pada itu, Siti mempertaruhkan lagu berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangdewi yang berjudul Romansa Kita menerusi album ini.

Katanya, Romansa Kita mengangkat tema kehebatan kisah percintaan yang berawal dengan sekadar impian namun menjadi kenyataan apabila sepasang individu tekad untuk bersama hingga ke akhir hayat.

Selain Romansa Kita, lagu lain yang terdapat dalam album ini adalah Menyapa dunia, Tanpa Dirimu, Sahabat Matahari, Ganti, Teratas, Menjaga Cintamu dan Magis.

Lagu terbabit dihasilkan daripada komposer dan ciptaan lirik oleh penyanyi-penyanyi tersohor antaranya Melly Goeslaw, Tomok, Rudy Nastia, Nuha Nik, Mas Dewangga dan Jova Devito.

Album Sitism diterbitkan oleh Universal Music Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 6:30 AM