PU Riz dan Neelofa
PU Riz dan Neelofa
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail dan isterinya, Neelofa mengorbankan dua ekor lembu sado berwarna putih yang berbonggol dan bertanduk.

Kata Muhammad Haris atau PU Riz, mereka bersyukur dapat melaksanakan ibadah itu dan membahagikan dua ekor lembu itu kepada dua tempat.

"Alhamdulillah kami dapat dua ekor lembu yang berwarna putih dengan berbonggol dan mempunyai tanduk. ."Seekor akan dikorbankan di kampung, manakala seekor lagi bakal menjalani korban di sini (Kuala Lumpur)," kata PU Riz ketika ditemui pada pelancaran restoran makanan segera sihat berasaskan sayuran dan bahan alami, Rightside, baru-baru ini.

Sementara itu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, yang bakal melahirkan cahaya mata kedua dalam tempoh terdekat meluahkan keterujaan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kongsinya lagi, tahun ini Aidiladha disambut dengan suami tercinta, anak mereka serta adik-beradik kedua-dua belah pihak.

Tambah pengacara Next to Neelofa itu lagi, ibu bapa serta mentuanya tidak berada di ibu negara pada sambutan Hari Raya Haji tahun ini.

"Rasanya ini pertama kali mak ayah saya dan Haris tiada di Kuala Lumpur. Jadi kami akan beraya dengan adik-beradik serta saudara mara terdekat.

"Pada masa sama, kami juga akan bersama-sama seisi keluarga buat ibadah korban di sini," katanya.

Pasangan itu turut mengorbankan dua ekor lembu pada sambutan Aidiladha tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2023 @ 2:28 PM