Seo Joon dan Xooos
Seo Joon dan Xooos
Agensi

Seoul: Agensi pelakon Park Seo Joon, 34, enggan sentuh berhubung khabar angin dia kini menjalin cinta dengan penyanyi juga pengamal YouTube, Kim Soo Yeon atau xooos.

Dalam sebuah kenyataan rasminya, Awesome ENT tidak boleh berikan sebarang pengesahan kerana perihal itu membabitkan kehidupan peribadinya.

"Sulit untuk disahkan kebenaran berkaitan kehidupan peribadi artis kami. Minta maaf sangat. Minta jasa baik untuk semua memahami situasi," ringkas kenyataan agensi terbabit.

Jawapan ringkas sama turut diberikan agensi xooos iaitu WAVY di mana pihak berkenaan juga sukar mengesahkan khabar angin itu.

Semalam, sebuah agensi media melaporkan Park Seo Joon dan xooos sedang bercinta selepas mendapat maklumat daripada sumber dalaman industri.

Mereka dikatakan mula berkenalan selepas dipertemukan rakan terdekat masing-masing.

Mereka turut kerap keluar bersama sebagaimana pasangan bercinta lain.

Ketika ini, Park Seo Joon sedang menunggu tayangan perdana dua filem besar lakonannya iaitu Concrete Utopia dan The Marvels.

Xooos dilahirkan pada 1994 dan memiliki lebih 1.5 juta pelanggan di YouTube. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada 2015 menerusi drama The Producers dan turut menyertai program survival MIXNINE pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2023 @ 5:36 PM