Mizz Nina dan Essam.
Mizz Nina dan Essam.
Zaara Talita

 

Kuala Lumpur: Akaun Instagram milik suami Mizz Nina iaitu Essam Muhammad meningkat naik dari 14,000 ribu pengikut kepada 26,000 ribu.

Susulan perkongsian yang dibuat oleh Mizz Nina malam tadi, nama Essam menjadi bualan hangat dan tular di media sosial terutama menerusi aplikasi Tik Tok.

Menerusi carian di Google, Essam adalah seorang warganegara Amerika Syarikat yang menetap di daerah Seattle berketurunan Maghribi.

Essam juga adalah seorang penyanyi rap dan penulis lirik melancarkan kariernya pada 2016 dengan melancarkan video berjudul West Is My Home.

Perjalanan kerjaya Essam bermula sejak itu dan kerap menerima undangan mengadakan persembahan di seluruh dunia berkongsi perjalanan hidup dan sisi kreatifnya di negara seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Switzerland dan Malaysia.

Malah, Essam juga aktif dalam aktiviti komuniti di Seattle dengan membantu mencipta ruang untuk penyajak muda berkongsi idea dan hasil kerja mereka.

Penyanyi itu juga dilihat banyak mengetengahkan unsur-unsur dakwah dalam lagu selain sering diundang berkongsi pengalaman dan inspirasinya dengan komuniti Islam di serata dunia.

Banyak mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan dan semasa dalam lagu-lagu ciptaannya, Essam pernah melancarkan dua buah album iaitu 12.12 dan Chapter20six yang turut mendapat sentuhan penerbit Petty Po pada 2020.

Identiti Essam bertepatan dengan matlamat dan hala tuju Mizz Nina yang juga seorang aktivis keagamaan. 

Menerusi perkongsian Mizz Nina atau pemilik nama Shazrina Azman, 43, di Instagram semalam dia berdoa agar ikatan perkahwinan yang terjalin itu berlandaskan iman kerana Allah SWT. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 12:11 PM