JACK ketika berada dalam studio.
JACK ketika berada dalam studio.
Dayang Pretty Abbyana Datu Asis


KEKUATAN vokal penyanyi Jaclyn Victor sememangnya diketahui ramai. Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 44, kini muncul dengan single terbaru berjudul Kembalilah.

Lagu istimewa berentap pop balada itu ditujukan khas buat peminat setianya yang sentiasa memberi sokongan sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Jaclyn juga sanggup terbang ke New York untuk bekerjasama dengan Gerald Sellan dan Adrian Puan demi merealisasikan impian merakamkan lagu single terbaru itu.

Menurut Jaclyn, dia pada mulanya agak terkejut apabila dilamar komposer dan penulis lirik itu bagi menyan

yikan karya mereka.

"Mula-mula tu saya memang terkejut apabila Gerald dan Adrian 'approach' saya dan beritahu mereka nak saya nyanyikan lagu hasil karya mereka.

"Kedua mereka berada di New York! Jadi, saya pun terbang ke sana untuk merealisasikan impian mereka dan juga diri saya sendiri." katanya.

Kongsi Jaclyn, dia bagaimanapun mula menyukai lirik lagu Kembalilah itu semasa proses pembikinan dan menghafal lirik lagu terbabit.

Tambahnya, setiap bait lirik lagu berkenaan mempunyai makna yang sangat mendalam menyentuh mengenai iman, harapan, cinta abadi, peluang kedua dan juga kelahiran semula.

"Melodi lagu ini sememangnya mendayu dan penuh bermakna. Bayangkan betapa terujanya saya dapat menyanyikan lagu ini kerana pembikinan lagu ini sahaja memakan masa lebih 10 tahun. Ini yang dinamakan "peluang kedua".

JACLYN jatuh cinta dengan lagu Kembalilah
JACLYN jatuh cinta dengan lagu Kembalilah

Walaupun mengambil masa yang lama tetapi ia pasti datang dan jangan sekali-kali berputus-asa!" katanya.

Ini turut diakui oleh Gerald Sellan, selaku komposer dan penulis lirik lagu istimewa ini.

"Sejujurnya saya adalah peminat tegar Jaclyn Victor dan percaya dengan bakatnya sebelum Malaysian Idol muncul.

Bekerja dengan Jaclyn adalah seolah-olah impian menjadi kenyataan! Ketika menulis lirik lagu ini suara Jaclyn yang berlegar-legar di dalam kepala saya! Bayangkan betapa minatnya saya dengan vokal beliau. Harapan kami walaupun lagu ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, pendengar dapat menghayati kandungan lirik yang penuh bermakna ini.

"Saya percaya, bahasa bukan penghalang apabila ianya berkaitan dengan lagu yang asli apatah lagi bila ianya menyentuh emosi pendengar." katanya.

Sementara itu, Adrian pula mengakui Jaclyn adalah bintang legenda dan senang untuk bekerja dengannya. "Memang bertuah dan seperti satu penghormatan apabila dapat bekerja dengan seseorang yang berkaliber dan dihormati ramai. Bagi saya, tiada siapa yang layak untuk menyanyikan lagu Kembalilah ini kecuali Jaclyn," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2023 @ 6:21 AM