Nur Ilyanie Hanisha Hisham


Kuala Lumpur : Pelakon, Sharnaaz Ahmad, 38, mendedahkan dia tidak akan bercinta dengan wanita dalam kalangan pelakon atau artis selepas ini.

"'My next girlfriend (Teman wanita) bukan seorang artis, pelakon, 'full stop'.

"Biar yang sedang sedang sudah," tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story.

Dalam hantaran yang sama, Sharnaaz turut menukar perkataan 'next girlfriend' kepada 'next wife'.

Terdahulu, Sharnaaz mengakui sudah mempunyai kekasih, namun tidak mahu bercerita secara terbuka kerana bimbang hubungan itu tidak berakhir dengan baik memandangkan usianya sudah meningkat.

Sharnaaz pernah berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel Petaling Jaya dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Namun, pasangan ini bercerai pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mei 2023 @ 5:39 PM