ANTARA babak cemas dalam filem The Pope’s Exorcist.
ANTARA babak cemas dalam filem The Pope’s Exorcist.

FILEM: The Pope's Exorcist

PENGARAH: Julius Avery

PENULIS SKRIP: Michael Petroni dan Evan Spiliotopoulos

PELAKON: Russell Crowe, Daniel Zovatto, Alex Essoe dan Franco Nero

TERBITAN: Screen Gems, 2.0 Entertainment dan Loyola Productions

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

THE Pope's Exorcist adalah filem seram yang menarik perhatian penonton dengan plot unik dan menegangkan.

Filem ini mengisahkan mengenai seorang Pope, Gabriele Amorth (lakonan Russell Crowe).

Bukan sekadar Pope biasa, dia juga menjadi penghalau hantu dari gereja Katolik dan bertanggungjawab mengusir syaitan dari tubuh orang yang dirasuk.

Perkembangan plot yang dihadirkan dalam filem ini, bagi saya cukup kuat dan menarik.

Dalam ceritanya, Gabriele menghadapi cabaran besar ketika dia ditugaskan mengusir syaitan dari seorang kanak-kanak yang dirasuk.

Namun, perkara ini ternyata lebih sukar dari yang dia fikirkan dan Gabriel perlu menghadapi rintangan dan konflik yang kompleks dalam upayanya untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

Jalan cerita dalam filem ini berjaya menciptakan suasana cemas dan menegangkan.

Dengan penggunaan suara, cahaya dan visual yang tepat, penonton dihadapkan dengan adegan yang memukau dan menyajikan perasaan ketakutan yang begitu nyata.

Kesan khas yang digunakan dalam filem ini cukup memukau. Beberapa adegan yang menampilkan kesan visual yang menakjubkan dan dramatis sangat membantu memperkuat perasaan tegang buat penonton.

Crowe melakonkan watak itu dengan baik dan lebih hidup.

Dia berjaya memperlihatkan sisi manusiawi dari wataknya yang sangat obses dengan tugasnya untuk mengusir syaitan.

Penampilan Crowe mampu membuat penonton berasakan emosi yang dia alami selama proses menghalau hantu berlangsung.

Namun, satu perkara yang sedikit mengganggu saya adalah 'pace' yang agak perlahan dan ada baka yang menimbulkan rasa bosan.

Secara keseluruhan, The Pope's Exorcist adalah filem yang menarik perhatian penonton dengan plot yang kuat dan diwarnai dengan adegan menegangkan.

Tentunya, kehadiran filem ini juga menjadi pengisi untuk anda yang dahagakan filem seram serta misteri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 6:30 AM