Yazmin bersama jejak didakwa sebagai Austin.
Yazmin bersama jejak didakwa sebagai Austin.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial, Yazmin Aziz berkongsi sudah menemui pengganti dan menjalinkan hubungan cinta dengan atlet bola keranjang asal Hong Kong dikenali sebagai Austin Veloso.

Perkongsian itu sekali gus menjawab teka-teki sama ada hubungan cintanya bersama seorang pemain bola sepak sudah menemui titik noktah apabila masing-masing tidak memuat naik sebarang perkongsian bersama.

"Saya sudah lama berpisah dengannya cuma tidak membuat pengumuman mengenai perkara itu. Bagi saya, kalau tahu sudah tidak sesuai, saya enggan membazirkan masa. Lebih baik teruskan hidup.

"Malah, saya juga tidak marah apabila peminat bertanya. Apa yang penting adalah kami berdua gembira terutama apabila kedua-dua keluarga memberikan sokongan kepada kami.

"Apa yang boleh kami harapkan adalah doa yang baik-baik buat kami berdua," tulis Yazmin menerusi ruangan komen di Tik Tok.

Dalam pada itu, Yazmin turut berpesan untuk tidak menepikan sikap negatif yang dimiliki pasangan hanya untuk meneruskan hubungan.

Berkongsi detik pertemuan mereka sekitar Januari lalu, Yazmin berkata, semuanya berlaku dengan pantas namun usaha Austin, 26, yang cuba mendekatinya membuatkan dia menerima jejaka berkenaan sebagai teman lelaki.

"Kami bertemu pada Januari lalu ketika Austin menyertai pertandingan di Kuala Lumpur dan kebetulan saya bersama keluarga pergi menonton perlawanan itu.

"Kemudian ada peminat ajak kami bergambar bersama dengan pemain dan daripada situ kami mula kenal.

"Mulanya saya memang tak layan walaupun setiap hari dia hantar mesej ajak berjumpa dan sebelum dia pulang ke Hong Kong kami bertemu malah ibu saya turut ikut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2023 @ 12:51 PM