JUE Aziz
JUE Aziz
Georgie Joseph

Kuala Lumpur: Keadaan pelakon Jue Aziz, 40, masih lemah dan mengalami beberapa simptom lain selepas dijangkiti demam influenza baru-baru ini.

Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz berkata dia sempat berjumpa doktor untuk jalani pemeriksaan semalam namun perlu masa kembali sembuh.

"Masih belum okay sepenuhnya selepas hampir seminggu. Semalam saya baru balik dari jumpa doktor. Masih rasa lemah, demam, sakit kepala, flu, dan batuk.

"Kalau lagi tiga hari masih tak okay, saya kena buat pemeriksaan semula dengan doktor. Insyallah, mungkin ambil masa (sembuh) kot sebab sudah ambil antibiotik dan cuba macam-macam petua," katanya.

Jue turut berkongsi selera makannya pun agak kurang. Selain itu, deria rasanya tidak tentu.

Kelmarin, dia berkongsi penderitaan dialaminya termasuk tidak bermaya, selain hidung dan matanya berair akibat influenza. Keadaannya terlalu lemah sehingga tidak larat melakukan apa-apa.

Selain hilang deria rasa dan bau, Jue juga memberitahu kesan dijangkiti influenza turut menyebabkan dia mengalami masalah pernafasan sehingga sukar tidur.

Dia juga sudah melakukan ujian kendiri Covid-19 dan mendapati keputusannya adalah negatif.

Terdahulu, Jue pernah berkongsi dirinya positif Covid-19 pada Ogos 2021. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2023 @ 8:45 PM