Jue Aziz
Jue Aziz
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon Jue Aziz mengesahkan dirinya positif Covid-19 dengan mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sakit kepala.

Jue, 38, atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz berkata, dia turut mengalami selsema selain hilang deria rasa.

"Tolong doakan kesihatan saya. Saya positif Covid-19. Simptom batuk, demam, sakit kepala, selesema dan hilang deria rasa. Nak makan dan buang air selalu rasa ngilu.

"Yang paling tak tahan menggigil sejuk ke tulang dan 'lemau' seperti demam sakit urat," katanya.

Jue menerusi hantaran di Instagram turut mengambil kesempatan dengan memohon maaf kepada semua andai ada khilafnya sebelum ini.

"Saya ingin memohon maaf sekiranya ada buat salah, sengaja atau tidak. Harap dimaafkan. Semoga Allah membalas jasa baik semua atas doa kalian, amin," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Ogos 2021 @ 8:23 PM