REMY Ishak. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
REMY Ishak. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Najiy Jefri

Petaling Jaya: Pelakon, Remy Ishak, 41, menafikan dakwaan isterinya, Ezza Yusof, 40, kini hamil.

Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak bagaimanapun mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

"Belum lagi. Doa-doakanlah," katanya selepas tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Harum Malam, di sini, semalam.

Remy berkahwin dengan Ezza yang juga pengarah kreatif dan pereka kasut untuk jenama 2morrow pada 21 Ogos 2021.

Sementara itu, Remy berharap Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) bersikap terbuka dalam memberi peluang kepada filem tempatan untuk berkarya memandangkan terdapat 14 babak dalam filem Harun Malam yang terpaksa dikaburkan dan disenyapkan dialog bagi mendapatkan klasifikasi P13.

"Agak tidak adil. Satu kebenaran yang sedih dalam industri perfileman Malaysia. Remaja bawah 18 tahun pun dah boleh tonton bermacam benda dalam platform online.

"Sekarang dah zaman digital. Pada saya, semua orang pun dah tahu mana baik dan tak baik. Dah sampai masa LPF untuk lebih terbuka agar industri filem kita terus berdaya maju," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2023 @ 5:18 PM