PENERAJU utama KKN di Desa Penari edisi terbaharu iaitu Aulia (dari kiri), Calvin, Tissa dan Fajar hadir mempromosi filem ini di Kuala Lumpur. FOTO Genes Gulitah
PENERAJU utama KKN di Desa Penari edisi terbaharu iaitu Aulia (dari kiri), Calvin, Tissa dan Fajar hadir mempromosi filem ini di Kuala Lumpur. FOTO Genes Gulitah
Ridzuan Abdul Rahman


PENERIMAAN baik sehingga mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton pantas mencetuskan idea kepada penerbit filem seram Indonesia, KKN di Desa Penari.

Hasilnya, mereka kembali tampil dengan filem terbabit yang ditambah dengan 40 minit adegan baharu khas buat peminat filem seram itu.

Kali ini 'tagline' Luwih Dowo Luwih Medeni yang bermaksud Lebih Panjang, Lebih Menyeramkan menjadi pilihan.

KKN di Desa Penari versi terbaharu arahan Awi Suryadi yang menjadi filem terlaris di Indonesia, Singapura dan Malaysia sudah pasti membuatkan penonton meremang dan tidak senang duduk dalam pawagam.

Pujian perlu diberikan kepada pelakon hebat sebagai peneraju utama seperti Tissa Biani (Nur), Aulia Sarah (Badarawuhi), Calvin Jeremy (Anton) dan ramai lagi kerana berjaya menjiw

ai watak dengan begitu baik.

Kehadiran Tissa, Calvin, Fajar dan Aulia ke Malaysia baru-baru ini untuk mempromosikan filem ini mendapat sambutan memberangsangkan.

Tissa yang memegang watak sebagai Nur berkata, dia perlu berlatih menari selama sebulan untuk menjiwai watak Nur yang dirasuk dalam filem itu.

"Ia bukan perkara mudah. Pengalaman ini memang tidak akan dilupakan," katanya.

Calvin pula berkata, peminat yang menonton versi kali ini pasti puas kerana ia menawarkan lebih seram dan membuatkan mereka berasa berbaloi menonton.

TISSA memberikan lakonan berkesan dalam filem ini. FOTO Genes Gulitah
TISSA memberikan lakonan berkesan dalam filem ini. FOTO Genes Gulitah

KKN di Desa Penari mengisahkan enam pelajar yang terpaksa menjalankan KKN di kampung terpencil diberi amaran supaya tidak melintasi satu sempadan larangan. Ia menuju tempat misteri yang mungkin berkaitan dengan penari cantik yang mula mengganggu mereka.

Versi kedua ini mula ditayangkan pada 26 Disember tahun lalu di Indonesia dan 5 Januari lalu di sini.

Filem versi pertama mencatat kutipan RM115 juta, manakala versi kedua ini dijangka dapat mencetuskan fenomena sekali lagi.

Filem ini dikatakan pertama kali ditulis di Twitter oleh seorang penggunanya. Dengan menggunakan nama SimpleMan, perkongsian individu itu menarik perhatian orang ramai pada 2019. Namun, maklumat jelas mengenai ciapan itu dirahsiakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2023 @ 6:12 AM