Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida menyelar tindakan segelintir pengasas produk pelangsingan yang sanggup menipu bagi mengaburi mata pengguna.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, menegaskan pengusaha produk kurus tidak seharusnya menipu pengguna untuk mempromosikan produk mereka.

"Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Ada dikalangan pengasas produk yang melakukan pembedahan bariatrik, namun menjual ubat kurus yang mereka usahakan.

"Berkotak-kotak pengguna makan namun, tidak kurus kerana pengasas itu menipu. Kalau mereka kurus sebab buat pembedahan, itu sudah dikira aniaya pengguna. Saya hanya mengamalkan produk saya sendiri. 

"Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembedahan baritrik, teruskanlah. 

"Cuma bagi saya mungkin tidak sebab, melihat betapa sukarnya rakan-rakan yang tanggung sakit selepas pembedahan. Ada antara mereka yang terpaksa kerap ke hospital untuk rawatan susulan," katanya.

Jelas Vida, beliau turut mendapatkan pendangan rakan industri yang sudah menjalani pembedahan itu sebagai rujukan.

Terdahulu, Vida memaklumkan beliau pernah berhasrat melalukan pembedahan bariatrik enam tahun lalu kerana ingin kurus dan cantik. Namun, ia dibatalkan di saat akhir walaupun sudah membayar wang pendahuluan, RM33,000. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 3:57 PM