WATAK Cassian Andor dilakonkan oleh Diego Luna.
WATAK Cassian Andor dilakonkan oleh Diego Luna.
Najiy Jefri


Bagi peminat francais Star Wars, pasti mengenali watak Cassian Andor lakonan Diego Luna dalam filem Rogue One: A Star Wars Story.

Terbaharu, platform penstriman digital, Disney Plus Hotstar membawakan siri Star Wars : Andor buat peminat setianya untuk menerokai sudut pandang baru dari galaksi Star Wars.

Andor bakal membawa penonton menjejaki kisah lima tahun sebelum kejadian Rogue One di mana segala-galanya dipenuhi bahaya dan tipu daya.

Turut dipaparkan bagaimana Andor memulakan kehidupan yang akhirnya mengubah dirinya menjadi pahlawan pemberontak.

Siri ini bakal membawakan francais fiilem Star Wars dari perspektif yang berbeza. Dengan aksi padat, tiga episod pertama dari musim pertama ini mula ditayangkan di Disney Plus, semalam.

Sebanyak 12 episod pertama akan menceritakan kisah Andor dengan Rebellion, manakala 12 episod untuk musim kedua akan membawa penonton kepada permulaan Rogue One.

SIRI ini bakal merungkai watak pemberontak Mon Mothma
SIRI ini bakal merungkai watak pemberontak Mon Mothma

Menerusi siri ini, terdapat beberapa watak dalam Rogue One kembali seperti Saw Gerrera yang dilakonkan Forest Whitaker dan Mon Mothma lakonan Genevieve O'Reilly.

Andor nampaknya bersedia untuk meneroka perjalanan dua pemberontak dalam galaksi Star Wars apabila kehadiran Mon Monthma yang menjadi ketua pemberontak dalam filem asal.

Kemudian Saw Gerrera yang menyelamatkan Jyn Erso dalam Rogue One sebelum menjadi pejuang penentangan yang semakin tua dan paranoid.

Bagaimana mereka sampai ke tahap ini dua watak penting ini akan didedahkan dalam Andor.

Selain itu, ramai lagi pelakon berbakat besar yang membintangi siri ini seperti Adria Arjona, Kyle Soller, Fiona Shaw dan Clemens Schick.

Apa yang menarik, siri ini juga bakal membongkar bagaimana Andor sudah berjuang ketika baru berusia enam tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2022 @ 6:30 AM