SET penggambaran filem Star Wars. FOTO Agensi
SET penggambaran filem Star Wars. FOTO Agensi
Agensi

London: Pemilihan Little Marlow, sebuah perkampungan yang terletak di Buckinghamshire sebagai sebagai lokasi penggambaran terbaru filem Star Wars untuk tayangan televisyen menimbulkan kemarahan penduduk.

Kawasan bekas kuari di kampung itu diubah untuk siri spin-off yang menampilkan watak Obi-Wan Kenobi yang kembali dilakonkan semula oleh Ewan McGregor.

Kakitangan Disney, pemilik francais Star Wars, dibenarkan masuk ke lokasi itu oleh pihak berkuasa tempatan.

Belum pun penggambaran bermula, masalah timbul dalam kalangan penduduk tempatan.

Puluhan orang mengadu mengenai set itu dengan kebimbangan ia akan mengganggu hidupan liar, pencemaran cahaya dan lalu lintas.

The Sun melaporkan, di set penggambaran itu juga, terdapat khemah untuk kegunaan produksi dan bilik pakaian.

Sumber memaklumkan, ia adalah produksi penggambaran berskala besar dan sangat menguntungkan, namun tidak disenangi rakyat tempatan.

"Tidak semua orang tempatan senang melihat keadaan itu.

"Ia mungkin menghasilkan beberapa peluang pekerjaan, tetapi ini adalah kawasan kampung yang cukup tenang dan damai.

"Cadangan dan pemikiran untuk menjadikannya seperti zon perang antara galaksi bagi rancangan televisyen adalah menakutkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 6:05 AM