WAWA dan Aeril bersama anak mereka. FOTO Arkib NSTP
WAWA dan Aeril bersama anak mereka. FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Sambutan ulang tahun dua anak kepada pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 9 dan Hayla Maghfiratul Adzikyaa, 6 yang bertemakan karakter kartun, Huggy Wuggy menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Meskipun kartun Huggy Wuggy cukup popular dalam kalangan kanak-kanak, namun rata-rata menegur tema yang dipilih apabila mendakwa kartun itu tidak sesuai untuk kanak-kanak selain membawa unsur negatif kepada mereka.

Netizen memberitahu Aeril dan Wawa sepatutnya lebih berhati-hati dan membuat kajian mengenai kartun terbabit. 

Selain tidak sesuai ditonton, netizen juga menegaskan kartun itu tidak tidak sepatutnya dijadikan tema hari jadi.

"Selamat hari jadi. Semoga menjadi anak soleh berjaya dunia akhirat. Cuma nak beritahu kartun Huggy Wuggy ini membawa unsur negatif. Elakkan anak terlebih menonton atau minat pada karakter berkenaan.

"Tolong jangan promosi kerana karakter ini sangat menakutkan dan berbahaya," komen netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Huggy Wuggy ditonjolkan sebagai watak antagonis dalam permainan video Villains Wiki dan ia tidak sesuai buat kanak-kanak kerana menampilkan figura badan berbulu warna biru dan mulut merah serta dipenuhi gigi yang tajam.

Di negara seperti Amerika Syarikat, semakin ramai ibu bapa yang menghalang anak-anak mereka menonton video mengenai Huggy Wuggy kerana ia memberi kesan buruk kepada personaliti dan sikap anak mereka.

Huggy Wuggy juga terkenal di TikTok dan selain muncul dalam YouTube Kids sehingga ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenainya.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, Wawa turut mengimbas kenangan mengandungkan Attar dan tidak menyangka anak sulungnya itu sudah berusia sembilan tahun.

"Sudah sembilan tahun berlalu, kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar memang tidak akan pernah padam di ingatan mama. Semoga menjadi abang dan anak yang baik," tulisnya.

Selain Atta, 9 dan Hayla, 6, Wawa dan Aeril turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Ayya Sofia, 2 dan Muhammad Fahri yang kini berusia setahun.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2022 @ 1:52 PM