Fahmi ditemui di Masjid Al Ansar Taman Keramat, di sini.
Fahmi ditemui di Masjid Al Ansar Taman Keramat, di sini.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "Merendah diri, belajar dan jangan pernah takut untuk belajar.

"Dan apa juga orang kata, dia tegas dengan pegangan prinsip. Seperti contohnya orang berkata mengenai berat badannya tapi arwah melihat ia dari sudut positif."

Demikian kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkenaan sikap Allahyarham penyanyi Adibah Noor yang patut anak seni generasi baharu pelajari.

Fahmi berkata, dia dan Adibah berkawan selain bersama-sama terbabit dalam kumpulan Sahabat Centre bagi menjayakan persembahan pentas.

"Arwah pernah membuat persembahan bersama Sahabat Centre, yang saya juga seorang ahli kumpulan. Setiap kali menyertai program, kami selalu bertegur sapa dan kami ramai kenalan di dalam program itu.

"Dia memang sentiasa ada setiap kali terdapat program yang membabitkan seni. Bila saya menerima berita ini semalam, saya susah nak percaya sehinggalah membaca dari sumber rasmi," katanya.

Menurut Fahmi, Adibah seorang yang sangat penyayang, disenangi dan mudah untuk berkawan. 

"Dia seperti tidak mahu membebankan orang lain dengan kesakitannya. Dia seorang yang sangat penyayang, disenangi dan mudah untuk berkawan. 

Kalau ada segelintir orang seni yang seninya tinggi, dia susah untuk didekati tapi arwah sangat senang.

"Kita tengoklah macam mana rakan yang lain bercerita mengenai dia bila bekerja dengannya. Ini adalah satu kehilangan besar untuk industri seni tanah air," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Jun 2022 @ 11:02 AM