Fasha akui rapat dengan lelaki 30-an. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN
Fasha akui rapat dengan lelaki 30-an. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon popular Fasha Sandha mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki berusia 30-an.

Bagaimanapun Fasha, 33, enggan berkongsi lebih lanjut kerana mereka masih dalam fasa berkawan.

"Perkenalan kami masih baru lagi iaitu tak sampai enam bulan. Jadi, masih terlalu awal nak bercakap mengenai hubungan ini. Apa yang boleh saya boleh katakan ialah dia rakan lelaki yang rapat dengan saya sekarang.

"Saya juga menganggapnya sebagai sahabat di mana kami saling berhubung dan berkomunikasi siang dan malam. Namun, kami bukan pasangan kekasih," katanya.

Fasha yang juga pelakon drama bersiri Lara Aishah berkata, sikap positif yang ditunjukkan lelaki itu membuatkan dia mahu terus berkawan.

"Kebaikan yang ditunjukkan membuatkan saya nak terus berkawan, malah dia juga bukan jenis yang mendesak.

"Cukup untuk saya katakan, dia bukan orang yang dikenali. Sebaliknya hanya lelaki biasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 9:16 AM