Fizi Ali bersama anaknya, Nurul Ameena Sofia.
Fizi Ali bersama anaknya, Nurul Ameena Sofia.

Kuala Lumpur: Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali didakwa sudah hilang sabar dan marah terhadap bekas isterinya yang juga pelakon Shakilla Khoriri.

Walaupun tidak menyebut nama wanita itu, namun perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story seolah-olah ditujukan kepada bekas isterinya itu.

"Sabar itu ada tahapnya. Jangan bagi sampai tahap kesabaran itu hilang. Aku hormat sebelum ini sebab kau ibu kepada anak aku.

"Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Dah makin lama, makin melampau. Sabar ada tahapnya," tulis Fizi.

Menurut Fizi, dia mengaku kehidupan peribadinya hancur gara-gara wanita terbabit walaupun tidak memperincikan punca dirinya semakin hilang sabar.

"Aku rasa makin lama makin nipis (sabar) ini. Hidup aku dah jahanam sekarang, aku hilang semua benda, semua sebab kau!

"Kau tak sedar lagi ke? Sekarang kau saja nak nak cari pasal lagi dengan aku," tulisnya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Fizi bagi mendapatkan komen lanjut berhubung perkongsiannya di Instagram Story itu tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai tiga tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan, pasangan terbabit dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Jun 2022 @ 4:47 PM