EL Rumi.
EL Rumi.
Agensi

Jakarta: Anak kepada selebriti terkenal Indonesia, Ahmad Dhani dan bekas isteri, Maia Estianty iaitu El Rumi mahu mengikut jejak langkah ayahnya untuk berkahwin pada usia 27 tahun.

Bagaimanapun El Rumi, 22, dengan tegas tidak mahu urusan berkaitan calon jodoh pilihannya ditentukan oleh ibu dan bapanya kerana dia mahu mencari suri hati terbaik sendiri. 

"Saya mahu cari sendiri calon isteri dan sasarannya (nikah) ialah pada usia 27 tahun kerana semasa saya lahir dulu, ayah di usia itu dan saya mahu ikut dia," katanya. 

El Rumi turut berterus terang mengenai kriteria calon isterinya nanti dan dia mengaku mencari wanita yang tidak suka keluar malam.

"Yang penting orangnya baik, tak suka keluar malam. Saya tahu kadang-kadang gadis-gadis suka keluar malam untuk berhibur ke kelab.

"Kalian tahulah yang mana suka 'clubbing' atau tidak. Paling saya suka gadis-gadis yang tak suka keluar malam dan hanya berada di rumah," katanya.

El Rumi yang sebelum ini pernah menetap dan meneruskan pelajarannya di Kota London, difahamkan tidak pernah jatuh cinta dengan wanita warga asing kerana dia sangat menyukai gadis Indonesia.

"Saya lebih suka produk Indonesia. Bonda (Maia) tidak mahu saya kahwin muda kerana dia mahu saya kejar karier terlebih dulu tapi kita tengok saja nanti," katanya.

Keterujaan El Rumi terhadap wanita Indonesia terbukti apabila dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Amanda Manopo dan Marsha Aruan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 12:12 PM