WAWA Zainal. FOTO IG Wawa Zainal
WAWA Zainal. FOTO IG Wawa Zainal
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Selepas hampir dua tahun Covid-19 menyerang negara, akhirnya pelakon Wawa Zainal, 31, 'tumpas' apabila disahkan positif virus itu, semalam. 

Wawa berkata, sebelum ini dia kerap menjadi kontak rapat, namun kali ini gilirannya pula dijangkiti Covid-19. 

"Selepas bertahun bertahan.... Selalu jadi kontak rapat, akhirnya saya pula positif Covid-19. Doakan. 

"Hari kedua Covid-19 masih demam dan pening kepala. Semalam sakit urat yang teruk sampai tak boleh bangun. Alhamdulillah hari ini beransur pulih," katanya. 

Terdahulu, suami Wawa juga pelakon Aeril Zafrel, 33, pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Harian Metro cuba menghubungi Wawa bagi mendapatkan perkembangan terkini keadaan kesihatannya, namun kiriman WhatsApp dikirim tiada balasan. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 5:57 PM