Hadiah hari jadi J-Hope, berus tandas bersalut emas. Foto Instagram
Hadiah hari jadi J-Hope, berus tandas bersalut emas. Foto Instagram
Agensi

 

Korea Selatan: Anggota kumpulan BTS iaitu J-Hope yang menyambut ulang tahun ke-29 pada hari ini, menerima hadiah awal daripada rakan baiknya, Jin BTS.

   Menerusi Instagram, J-Hope berkongsi paparan beberapa hadiah hari jadi diterimanya seperti sekotak buah strawberi dan kek hari jadi.

   Bagaimanapun, paling mencuri perhatian warganet ialah hadiah berupa berus tandas yang disaluti emas.

   Namun, ia bukan berus tandas biasa-biasa kerana berjenama mewah daripada koleksi Alessi yang diberi nama 'Merdolino Gold'.

   Warganet yang melakukan pencarian di pelbagai sumber mendapati berus tandas mewah rekaan Stefano Giovannoni itu dijual dengan harga kira-kira RM1,190.

   J-Hope menerusi perkongsian sama di Instagramnya turut mengucapkan terima kasih kepada Jin yang sudi menghadiahkannya berus tandas bersalut emas dan berkilau itu.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 11:45 AM