Aliff dan Bella berangkat ke Makkah hari ini.
Aliff dan Bella berangkat ke Makkah hari ini.

Kuala Lumpur: Pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, hari ini.

Bella menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia berharap segala urusan mereka di Tanah Suci berjalan lancar.

"Bismillahirrahmanirrahim. Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.

"Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaan-Mu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu

"Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaan-Mu," tulisnya di Instagram Story.

Difahamkan, mereka berlepas ke Makkah dengan pesawat Malaysia Airlines jam 3.25 petang, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Bella bercadang untuk menyambut ulang tahun kelahiran suaminya di Makkah.

"Rancang nak sambut 'birthday' Aliff di sana (Makkah) pada 16 Februari nanti. Ini adalah umrah pertama Aliff, begitu juga saya," katanya dalam satu temubual.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 3:27 PM