Aliff Aziz muncul juara GV8.
Aliff Aziz muncul juara GV8.
Ridzuan Abdul Rahman


Putrajaya: Menepati jangkaan ramai, penyanyi Aliff Aziz diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berakhir malam tadi.

   Sebagai juara Aliff membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 sumbangan Astro dan Piala Gegar Vaganza.

   Aliff yang memperolehi markah 83.06 berjaya menewaskan lima peserta lain yang berentap di pentas akhir menerusi tiga segmen persembahan.

   Aliff menyanyikan lagu Sampai Syurga dalam segmen solo, berduet dengan Hafiz Suip menerusi lagu Dealova dan tampil dengan lagu Bangun dalam segmen 'battle' bersama Aweera.

   Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Nikki Palikat yang mengutip 81.26 markah dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 dan trofi .

   Tempat ketiga dan keempat dimenangi Suki Low serta Adibah Noor dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 dan RM 20,000 berserta trofi. 

    Pemenang tempat kelima dan keenam iaitu Azan Scan dan Aweera berjaya meraih hadiah wang tunai RM15,000 dan RM 10,000 termasuk trofi kemenangan masing-masing.

   Selain itu, Aliff turut memenangi Anugerah Bintang Paling Power Meow secara automatik.

   Acara kemuncak GV8 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menampilkan empat juri iaitu  Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 12:52 AM