Jaclyn membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Jaclyn membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Najiy Jefri


Shah Alam: Menepati jangkaan ramai, penyanyi Jaclyn Victor diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berakhir di sini, malam tadi.

Jac yang popular menerusi lagu Gemilang menewaskan lima peserta lain iaitu Shila Amzah , Tomok, Bob Yusof, kumpulan V.E dan Hazrul Nizam sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro. 

Penyanyi itu memberikan persembahan mantap dengan membawakan lagu medley berjudul It's All Coming Back To Me Now  dan This Is Me serta 'pusingan  battle' berduet dengan V.E menerusi lagu The Real Slim Shady (Eminem) dan Sang Saka Biru. 

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Bob Yusof yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 dan trofi

Tempat ketiga dan keempat dimenangi Shila Amzah  serta Tomok dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 berserta trofi. 

 Pemenang tempat kelima dan keenam iaitu V.E dan Hazrul Nizam berjaya meraih hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000 termasuk trofi kemenangan masing-masing.

Acara kemuncak GV9 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang berlangsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menampilkan empat juri iaitu  Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Edry Abdul Halim.

Pentas akhir GV9 turut diserikan dengan persembahan daripada Ramlah Ram dan Amelina.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 12:29 AM