Jon Bon Jovi.
Jon Bon Jovi.
Agensi

Los Angeles: Penyanyi Jon Bon Jovi, 59, disahkan positif Covid-19 dan terpaksa membatalkan hasrat beraksi di sebuah konsert di Miami Beach, semalam.

Bagaimanapun, jurucakap penyanyi itu mengesahkan Jon berada dalam keadaan baik.

"Jon sudah lengkap divaksin dan baik-baik sahaja," katanya. 

Berita itu mulanya dilaporkan sebuah akhbar tempatan di Miami Beach. Dia sepatutnya dijadualkan bertemu peminat di dalam sebuah acara.

Menurut laporan, lokasi terbabit sudah dipenuhi peminat sebelum pengumuman dia tidak dapat beraksi dibuat.

Tahun lalu, rakan anggota Bon Jovi iaitu pemain keyboard Dave Bryan juga pernah dijangkiti Covid-19. Bagaimanapun, kesemua anggota lain disahkan negatif dalam kejadian terbaharu.

Jon sebelum ini turut terbabit dalam kempen menggalakkan pemakaian pelitup muka. 

Punca dan bagaimana penyanyi itu dijangkiti tidak didedahkan.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 11:55 AM