DR Fitri Haris.
DR Fitri Haris.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Penyanyi Dr Fitri Haris mengambil inisiatif menganjurkan program bukan bersifat keuntungan membabitkan barisan selebriti tanah air dalam membantu negara bebas Covid-19.

Fitri berkata, dia kini bergelar sukarelawan Zahran Sahabat apabila bekerjasama dengan kumpulan Megaklinik Zahran bagi mengupas dan membahaskan secara fakta dan ilmiah mengenai Covid-19. "Program Zahran Sahabat yang dijadualkan setiap Jumaat jam 9 malam sudah pun bersiaran sebanyak tiga episod dengan menampilkan tetamu-tetamu yang pakar dalam bidang masing-masing.

"Dijangkakan program ini akan berlangsung sebanyak 13 episod atau lebih. Turut serta adalah selebriti terkenal tanah air bagi berkongsi pengalaman mereka dalam melawan Covid-19.

"Episod pertama menampilkan selebriti Datin Rebecca Islam yang mempunyai sejarah keluarga dijangkiti Covid-19.

"Episad kedua pula menampilkan Datuk Fizz Fairuz dan isterinya Datin Almy Nadia, manakala episod ketiga yang akan disiarkan malam ini menampilkan Wawa Zainal sebagai tetamu," katanya.

Zahran yang membawa maksud keindahan adalah satu kempen kesedaran dan mengupas masalah tekanan mental di kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Program ini menampilkan Fitri sebagai hos tetap bersama Ketua Kesihatan Megaklinik Zahran, Dr Zafirah, Ketua Pegawai Operasi Megaklinik Zahran, Datuk Nafidz dan isterinya, Datin Ummul Khairiyah. "Program ini diadakan secara santai di platform Instagram secara 'cross live' di Instagram dan Facebook Megaklinik Zahran.

"Semoga maklumat ini dapat sampai kepada masyarakat umum dalam membantu negara bebas Covid-19," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Fitri di talian 01126466442 yang mewakili sukarelawan media negara bebas Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Ogos 2021 @ 2:41 PM