Fitri bersama keluarganya.
Fitri bersama keluarganya.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Penyanyi Dr Fitri Haris terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila memiliki sebuah klinik di bawah pengurusan Megaklinik Zahran di Taman Putra Ampang, di sini, yang dikongsi bersama isterinya.

Dr Fitri berkata, melalui Projek Usahawan dia merasakan industri kesihatan menjadi begitu sinonim dengannya sendiri sepanjang pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.

"Pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan bagi membantu barisan hadapan berjuang menangani Covid-19 seperti sukarelawan di pusat vaksin dan mengadakan webinar kesedaran bersama panel-panel barisan hadapan.

"Tak ketinggalan mereka yang pernah dijangkiti Covid-19 membuatkan saya lebih peka betapa pentingnya peranan kakitangan kesihatan. Melihat perkembangan ini sebagai seorang anak seni, usahawan dan juga tenaga akademik di salah sebuah universiti awam di Malaysia, bidang baru ini akan menjadi cabaran yang dirasakan satu nikmat dalam ujian terutama di dalam fasa pandemik/endemik Covid-19," katanya. Menurutnya, terdapat pelbagai kemudahan di Megaklinik Zahran Ampang seperti ujian darah, rundingan, ujian air kencing, ultrasound, saringan Covid-19, pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan mencuci luka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 4:15 PM