Dr Noor Hisham, Mira Filzah.
Dr Noor Hisham, Mira Filzah.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Mira Filzah mengagumi keperibadian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham yang dilihat mempunyai semangat luar biasa dan tidak pernah berputus asa untuk memerangi pandemik Covid-19 dalam negara.

Mira menerusi hantaran di Instagram Story berkata, dia berpendapat dunia terutama Malaysia memerlukan lebih ramai insan seperti Dr. Noor Hisham.

"Kita memerlukan lebih ramai insan seperti dia (Noor Hisham)," tulisnya. 

Menerusi perkongsian itu, Mira memuat naik sedutan video memaparkan Dr. Noor Hisham sedang berucap dalam sidang akhbar laporan kes Covid-19, semalam.

Menurut Mira, dia berharap Dr. Noor Hisham diberikan kesihatan yang baik sehingga akhir hayatnya. 

"Semoga Allah SWT memberi kesihatan yang baik untuk Dr. Noor Hisham sehingga ke akhir hayatnya dan merahmati serta memberkati segala usaha yang sudah beliau lakukan," tulisnya lagi.

Sementara itu, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, 29, turut berharap Dr. Noor Hisham terus kuat untuk bersama-sama rakyat Malaysia mengekang penularan wabak berjangkit itu.  

"Dengar suara pun kita boleh rasa dia sedih dan penat. Tolong terus kuat untuk kami," tulisnya. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 1:56 PM