ISMAIL memuat naik beberapa foto transformasi dirinya yang kini lebih kelihatan bergaya dan sihat berbanding dulu di Instagram Story. FOTO IG Mail
ISMAIL memuat naik beberapa foto transformasi dirinya yang kini lebih kelihatan bergaya dan sihat berbanding dulu di Instagram Story. FOTO IG Mail
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Ismail Izzani mengakui perubahan bentuk badan yang ideal memberi lebih keyakinan kepada dirinya. 

Ismail berkata, dia berasa gembira apabila berjaya mengamalkan gaya hidup sihat serta melakukan senamam untuk tubuh badannya. 

"Secara jujurnya pertambahan berat badan benar-benar memberikan saya lebih keyakinan dan juga mengamalkan gaya hidup sihat. 

"Pergi ke gim atau melakukan senaman bukan bermaksud anda mahu menjadi 'sado'. Namun segalanya terpulang kepada diri anda. 

"Pilih matlamat anda dan jadikannya kenyataan. Tidak mengapa kalau ia mengambil masa. Setiap kemajuan memerlukan masa," katanya.

Terdahulu Ismail memuat naik beberapa foto transformasi dirinya yang kini lebih kelihatan bergaya dan sihat berbanding dulu di Instagram Story. 

Ismail juga mengakui gembira apabila berjaya mendapatkan berat badan yang diinginkan. 

"Saya gembira 64 kilogram (kg)," tulisnya. 

Sebelum ini, Ismail dalam satu kenyataan mengakui sedang mengawal pemakanan dan rajin bersenam supaya tidak kelihatan terlalu kurus. 

Ismail memberitahu perubahan yang dilakukan bukan kerana dipaksa sebaliknya atas kesedaran sendiri. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2021 @ 3:35 PM