FOTO yang dimuatnaik Reedzwann  di kubur arwah abahnya.
FOTO yang dimuatnaik Reedzwann di kubur arwah abahnya.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi Reedzwann tidak mampu menahan air mata apabila kubur arwah bapanya 'hilang' ketika mahu menziarahinya malam semalam.

Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni berkata, dia terkejut dengan apa yang berlaku.

"Saya baru sampai Perak... saya nak tengok kubur abah. Lepas itu saya tengok kubur abah dah tak ada. Batu nisan pun mereka susun tepi macam itu saja.

"Kalau mereka nak tambak pun sekurang-kurangnya beritahu ahli keluarga dulu. Ini tak tahu cerita apa-apa, tiba-tiba kubur hilang," katanya dalam beberapa hantaran di Instagram Story. 

Tidak menyatakan lokasi tanah perkuburan itu, bagaimanapun penyanyi berusia 22 tahun itu berasa kecewa apabila pihak masjid yang bertanggungjawab menguruskan kawasan perkuburan itu tidak memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

"Pihak masjid tak beritahu apa-apa pun... tahu-tahu kubur abah dah tak ada. Lepas itu, mereka longgok semua batu nisan dekat tepi," tulisnya. 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 1:05 PM