NOORKHIRIAH.
NOORKHIRIAH.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Noorkhiriah memuat naik potongan video dari drama bersiri Kerana Cintaku Saerah sebagai tanda ingatan untuk sahabatnya, Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy  yang disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Dalam hantarannya di Instagram, Noorkhiriah yang turut berlakon dalam drama itu sebagai Nomi menulis kata-kata pilu atas pemergian Benjy yang memegang watak sebagai Jibek.

"Nomi tak tunggu Jibek lagi tau. Nomi doakan Jibek bahagia di rumah baru. Al-Fatihah sahabat," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Noorkhiriah juga menggunakan tanda pagar #jibekdalamkenangan dan #jibeknomi untuk mengenang pemergian mengejut Benjy itu.

Potongan video berkenaan menayangkan babak penuh emosi Jibek, seorang lelaki terencat akal yang dilakonkan Benjy.

Hantaran itu mendapat lebih 31,000 tontonan dan menerima ratusan komen daripada pengikutnya di platform media sosial itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 5:21 PM