SYUKUR, urusan pengebumian Allahyarham Benjy berjalan lancar.
SYUKUR, urusan pengebumian Allahyarham Benjy berjalan lancar.
Ridzuan Abdul Rahman

 

Kuala Lumpur: Jenazah Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 43, yang meninggal dunia akibat asma, jam 11 pagi semalam, selamat dikebumikan di tempat Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung Medan, Indonesia pada jam 12 tengahari waktu Malaysia dan selesai sepenuhnya pada jam 12.45 tengahari. 

Semua urusan jenazah dikendalikan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan. 

Adik bongsu Allahyarham, Inessa Irdayanty dalam kenyataannya melahirkan kesyukuran kerana segala urusan berjalan lancar.

"Kami sekeluarga sangat berterima kasih dan terhutang budi dengan Penjara Tanjung Gusta, Medan atas setiap urusan dan bantuan berkenaan Benjy.

"Dan kami nak berterima kasih lagi sekali kepada setiap pihak, individu, organisasi, netizen, atas setiap doa dan ucapan takziah yang dikirimkan," katanya. 

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata dia sempat menyaksikan proses pengebumian anak kepada aktres terkenal Allahyarham Azean Irdawaty itu menerusi siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan. 

"Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke 'negara' abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan, saya memohon semua pihak untuk memaafkannya dunia dan akhirat.

"Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa," katanya.

Berita berkaitan

  • Bingkisan syahdu penuh rindu di hati Benjy...
  • Wardina pernah bantu Benjy di penjara
  • Seniman bantu tunaikan 'wasiat' Benjy
  • Arwah Benjy sempat khatam al-Quran
  • Keluarga benarkan jenazah Benjy dikebumi di Medan, esok
  • 'Nomi doakan Jibek bahagia di rumah baru' - Noorkhiriah
  • Impian Shahrulezad untuk 'Jibek', tinggal kenangan...
  • Benjy meninggal dunia akibat asma
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 2:45 PM